Bengkel Asas Fotografi

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2020 yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Asas Fotografi yang bertempat di Bilik Training Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas. En. Abas Hassan dan En. Sawlihim Bakar merupakan tenaga pengajar yang dijemput khas untuk mengendalikan bengkel ini. Seramai 5 orang peserta sahaja yang telah menyertai bengkel ini kerana terhad kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam penganjuran sesebuah program atau bengkel.

Bengkel Asas Fotografi ini diadakan bagi tujuan mengajar para peserta cara bagaimana untuk mengambil gambar dengan pencahayaan yang tepat. Bengkel ini lebih menumpukan kepada pembelajaran berasaskan pencahayaan. Bengkel yang berlangsung selama 4 jam ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan praktikal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali